Hubungi kami di

Histori

Syair Raja Ali Haji Kepada Memanda Menteri

Terbit

|

Raja Ali Haji, F. Istimewa

Jika anakanda menjadi menteri,
Orang berilmu anakanda hampiri,
Lawan mesyuarat lawan berperi,
Supaya pekerjaan jadi ugahari.

Hendaklah periksa adabnya wazir,
Didalam kitab sudah terukir,
Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,
Supaya jangan jadi tergelincir.

Jika tergelincir pekerjaan salah,
Pekerjaan anakanda beroleh lelah,
Rakyat jelata tentu bencilah,
Barangkali datang murkanya Allah.

Jika anakanda menjadi besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Jangan seperti orang yang sasar,
Banyaklah orang menaruh gusar.

BACA JUGA :  “Melayu dalam Teater & Bahasa” | Merawat Khazanah Budaya

Tutur yang manis anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Aib orang anakanda fikirkan.

Kesukaan orang anakanda cari,
Supaya hatinya tiada lari,
Masyurlah anakanda didalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.

Hendaklah anakanda jagakan nama,
Mendirikan hak dengan saksama,
Pekerjaan bida’ah jangan diterima,
Walaupun sekecil seperti hama.

BACA JUGA :  Setiap Jumat, Pegawai Pemprov Kepri Diminta Pakai Baju Kurung Melayu dan Tanjak

Kehidupan rakyat fikirkan benar,
Supaya jangan berbuat onar,
Jangan diikutkan fikir yang nanar,
Tiada lain memenuhkan lisnar.

Hendaklah sabar lelah dan penat,
Mengerjakan raja walaupun tenat,
Jangan bersifat menteri khianat,
Mungkir setia, kurang amanat.

Membuka rahsia jangan sekali,
Jahat adab sangat pemali,
Kepada rajanya yang ter’ali,
Supaya bernama bangsawan asli.

(*)

(Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad 1808-1873)

Advertisement
Berikan Komentar

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.

Sebaran

Facebook

[GTranslate]